Labels

Monday, February 22, 2016

Program Badan Sihat Intelek Cerdas POS Kuala Mu 2016

Asalamualaikum WBT,


Baru-baru ini penulis berkesempatan menyetai satu program kebajikan anjuran Kaki Volunteers dengan kerjasama beberapa organisasi lain seperti T6 Ranger Malaya, Pusrawi International College of Medical Science(PICOMS) dan Islamic Dentist Association of Malaysia (IDAM). Program pada kali ini diadakan di Pusat Orang Asli (POS) Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.


Walaupun penulis telah menyertai pelbagai aktiviti kebajikan sebelum ini, program pada kali ini mempunyai kelainan tersendiri apabila ianya merupakan pengalaman pertama penulis menyelusuri laluan off-road dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4x4). Walaupun jarak off-road cuma 17km, namun mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke destinasi berikutan kesukaran laluan off-road tersebut.





















Perjalanan bermula seawal pukul 9 malam dari Cars Kitchen, Subang selepas sesi memuatkan muatan kenderaan dengan barang-barang bantuan dan tiba di Kg. Bersah (Kg Orang Asli Muslim) pada kira-kira pukul 5 pagi. Terletak dikawasan lembah antara dua bukit dan berada di kawasan tananh tinggi, cuaca sejuk dapat dinikmati seperti di Cameron Highland, Pahang. Ini termasuklah suhu air ketika mengambil wudhu bagi menunaikan solat subuh.

Selepas selesai menunaikan solat subuh berjemaah, penulis dan rombongan telah menuju ke POS Kuala Mu yang terletak kira-kira 10 minit dari Kg Bersah. Di sini, proses pemunggahan barang-barang, mendirikan khemah serta persiapan untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak orang asli telah pun dilangsungkan.





















Pada kali ini, aktiviti bersama anak orang asli lebih tertumpu pada Program Badan Sihat Intelek Cerdas (ProBasic) dengan menekankan aspek kebersihan anak-anak orang asli meliputi penjagaan gigi, rambut, kuku, tangan, kaki dan juga badan. Disini, anak-anak orang asli telah diberi rawatan kebersihan tersebut oleh aktivis yang terlibat termasuk penulis. Selain itu, sesi pemeriksaan kesihatan turut dilakukan dan anak-anak orang asli dibekalkan dengan kit kebersihan seperti berus gigi, ubat gigi, sabun, selipar dan tuala. Tambahan, setiap anak-anak orang asli turut diberikan vitamin dan juga ubat cacing.

Bagi program bersama penduduk orang asli yang lain (dewasa), pemberian bantuan asas seperti beras, barang-barang dapur, pakaian terpakai dijalankan. Pada ketika ini, penulis merasakan betapa bersyukurnya hidup dilahirkan dengan serba mencukupi berbanding orang-orang asli yang jauh dari kemudahan serta barang-barang asas kehidupan.



















Keesokkan paginya, sesi sukaneka bersama anak-anak orang asli dijalankan. Beberapa permainan sukaneka seperti mewarna, mencari gula-gula dalam tepung, bawa bola pingpong atas sudu dan juga tiup belon dijalankan. Jelas keriangan terpancar dimuka anak-anak orang asli sepanjang aktiviti sukaneka tersebut.

























Program memasuki fasa terakhir apabila semua aktivis mula bersiap untuk bergerak pulang. Sebelum turun, rombongan singgah semula di Kg. Bersah bagi menunaikan solat qasar dan jamak secara berjemaah. Sedikit bantuan turut diberikan di Kg. Bersah sebelum berangkat pulang.























 Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Hingga bertemu di post berikutnya. Wasalam...

No comments:

Post a Comment