Labels

Tuesday, April 19, 2016

Program Badan Sihat Intelek Cerdas POS Lemoi 2016

Assalamualaikum WBT,

Baru-baru ini penulis berkesempatan menyertai satu lagi program kebajikan anjuran Kaki Volunteers (KV) dengan kerasama beberapa lagi organisasi bukan kerajaan seperti T6 Ranger Malaya, Pusrawi International College of Medical Science (PICOMS) dan juga Islamic Dentist Association of Malaysia (IDAM). Program pada kali ini diadakan di Pusat Orang Asli (POS) Lemoi, Cameron Highland, Pahang.


Program pada kali ini merupakan program kedua seumpamanya yang disertai oleh penulis yang melibatkan kebajikan orang asli. Sebelum ini, program yang sama telah disertai oleh penulis melibatkan masyarakat orang asli di POS Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada Februari lalu. Pada kali ini, jalan off-road sepanjang kira-kira 12km, namun mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke destinasi berikutan kesukaran laluan off-road tersebut dan ditambah pula dengan cuaca hujan yang membuatkan laluan bertambah sukar untuk dilalui.

Perjalanan bermula seawal pukul 11 malam dari Cars Kitchen, Subang Jaya selepas sesi memuatkan muatan kenderaan dengan barang-barang bantuan dan tiba di Ringlet, Cameron Highland pada kira-kira pukul 4 pagi. Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, penulis berserta rakan-rakan meneruskan perjalanan sehingga tiba di POS Lemoi kira-kira pada pukul 10 pagi. Terletak dikawasan lembah antara dua bukit dan berada di kawasan tanah tinggi, cuaca sejuk dapat dinikmati sepanjang keberadaan di sana terutamanya pada waktu malam.




































Sama seperti program di POS Kuala Mu, aktiviti bersama anak orang asli lebih tertumpu pada Program Badan Sihat Intelek Cerdas (ProBasic) dengan menekankan aspek kebersihan anak-anak orang asli meliputi penjagaan gigi, rambut, kuku, tangan, kaki dan juga badan. Disini, anak-anak orang asli telah diberi rawatan kebersihan tersebut oleh aktivis yang terlibat termasuk penulis. Selain itu, sesi pemeriksaan kesihatan turut dilakukan dan anak-anak orang asli dibekalkan dengan kit kebersihan seperti berus gigi, ubat gigi, sabun, selipar dan tuala. Tambahan, setiap anak-anak orang asli turut diberikan vitamin dan juga ubat cacing.






















































Bagi program bersama penduduk orang asli yang lain (dewasa), pemberian bantuan asas seperti beras, barang-barang dapur, pakaian terpakai dijalankan. Pada ketika ini, penulis merasakan betapa bersyukurnya hidup dilahirkan dengan serba mencukupi berbanding orang-orang asli yang jauh dari kemudahan serta barang-barang asas kehidupan.




































Pada sebelah petang, perlawanan bola sepak diadakan diantara wakil KV menentang pasukan orang asli Lemoi. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan orang asli Lemoi dengan agreget 1-0. pada sebelah malamnya pula, pertandingan karoke diadakan dan semua hadirin yang hadir diberikan burger percuma. Bakat-bakat terpendam jelas kelihatan dan juga keyakinan para peserta dikalangan orang asli untuk tampil kehadapan dan menyampaikan persembahan amat mengkagumkan.






































Keesokkan paginya, sesi sukaneka bersama anak-anak orang asli dijalankan. Beberapa permainan sukaneka seperti mewarna, mencari gula-gula dalam tepung, bawa bola pingpong atas sudu, tiup belon dan juga isi air di dalam botol dijalankan. Jelas keriangan terpancar dimuka anak-anak orang asli sepanjang aktiviti sukaneka tersebut.








































Program memasuki fasa terakhir apabila semua aktivis mula bersiap untuk bergerak pulang. Sebelum turun, rombongan singgah di sebuah kampung orang asli bagi memberikan bekalan barang keperluan kepada penduduk di kampung terbabit. Setelah itu, penulis beserta rakan-rakan singgah sebentar di Tanah Rata bagi menunaikan solat qasar dan jamak serta berehat seketika di ladang strawberi sebelum berangkat pulang. Penulis juga berpeluang memandu sendiri 4x4 berikutan permintaan oleh seorang pemandu T6 yang kebetulan kurang sihat ketika waktu pulang ke Subang Jaya.























Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Hingga bertemu di post berikutnya. Wasalam...

p/s: Siapa cakap kelas di pendalaman tidak menarik dan cantik seperti di sekolah kerajaan yang lain..


#This is Lemoi
#Terpencil Bukan Tercicir

No comments:

Post a Comment