Labels

Sunday, August 21, 2016

Trip ke Daerah Istimewa Yokyakarta, Indonesia 2016

Assalamualaikum WBT,

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman beliau sepanjang hampir seminggu di Yokyakarta atau lebih dikenali dengan panggilan Jogja. Pengembaraan pada kali ini adalah untuk menghadiri 2nd International Conference on Islamic Perspective of Accounting, Finance, Economics and Management (IPAFEM) 2016. Ini merupakan persidangan kedua dimana penulis bertindak selaku pembentang selepas iECONS 2015 di Krabi, Thailand dan juga kertas pembentangan ketiganya termasuk di APIRA 2016 di Melbourne, Australia. Pada kali ini penulis juga membentangkan sebahagian daripada kajian sarjananya bertajuk “The Impacts and Issues of Internal Control Practices in Islamic Non-Profit Organisations in Malaysia.”




Walaubagaimanapun, penulis masih berkesempatan melawati beberapa tempat pelancongan atau ‘wisata’ yang menarik yang terdapat di sana. Berikut adalah ringkasan beserta gambar mengenai beberapa tempat menarik untuk dilawati sekiranya Jogja menjadi destinasi percutian anda.


WISATA ALAM KALIBIRU

Tempat: Kabupaten Kulon Progo, Provinsi Daerah Istimewa Yokyakarta
Jarak: Kira-kira 1 jam dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 5,000 Rupiah @ RM1.50 seorang
Keterangan: Kalibiru bermaksud sungai biru. Ianya terletak kira-kira 450m ketinggian dari aras laut. Memiliki permandangan yang indah. Disarankan datang di awal pagi agar tidak mengalami kesesakan dalam mengambil gambar di pos-pos yang terdapat di sana. Setiap pos mempunyai kadar bayaran tertentu (15,000 Rupiah @ RM4.50 seorang) dan terdapat juga jurugambar yang akan mengambil gambar dengan mengenakan caj tertentu bagi setiap gambar yang diambil.
















WISATA GUMUK PASIR PARANGKUSUMO

Tempat: Pantai Parangtritis, Kabupaten Bantul, Provinsi Daerah Istimewa Yokyakarta
Jarak: Kira-kira 1 jam dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 5,000 Rupiah @ RM1.50 seorang
Keterangan: Gumuk bermaksud tompokan atau gumpalan. Ianya diberi nama sedemikian kerana Gumuk Pasir ini merupakan satu tempat yang mengandungi tompokan besar pasir. Ianya juga dikenali sebagai Padang Pasir Yokyakarta. Di sini terdapat beberapa spot yang menarik bagi para pengunjung mengambil gambar yang menarik.



















WISATA KERETA GANTUNG PANTAI TIMANG

Tempat: Pantai Timang, Kabupaten Gunung Kidul, Provinsi Daerah Istimewa Yokyakarta
Jarak: Kira-kira 2 jam dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 40,000 Rupiah @ RM12.00 (motor), 200,000 Rupiah @ RM60.00 (gondola)
Keterangan: Kereta gantung atau lebih dikenali sebagai gondola merupakan tarikan utama di Pantai Timang. Merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati sekiranya bercuti di Jogja. Namun, perjalanannya agak jauh dan caj untuk masuk ke dalam sehingga tiba di Pantai Timang (kenderaan biasa tidak boleh melalui kerana jalannya tidak berturap) agak mahal. Caj untuk tiba di pantai timang dengan menaiki perkhidmatan motor (ojek) yang disediakan di sana adalah 40,000 Rupiah @ RM12.00. Bagi menaiki gondola pula, dikenakan caj 200,000 Rupiah @ RM60.00. Namun, permandangan di sini sungguh cantik untuk dinikmati.

















CANDI BOROBUDUR

Tempat: Kabupaten Magelang, Provinsi Jawa Tengah
Jarak: Kira-kira 1 jam 30 minit dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 200,000 Rupiah @ RM60.00
Keterangan: Candi Borobudur merupakan salah satu tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Walaupun terletak di luar daripada wilayah Jogja, ianya merupakan mercu tanda Jogja dan sudah semestinya merupakan tempat yang wajib untuk dilawati sekiranya bercuti di Jogja. Candi Borobudur merupakan candi yang dibina oleh penganut agama Buddha Mahayana sekitar kurun ke-9 Masihi. Di kompleks candi Borobudur, terdapat juga beberapa muzium yang berkaitan dengan Borobudur.

















GUNUNG MERAPI

Tempat: Kabupaten Klaten, Boyolali, Magelang (Jawa Tengah); Kabupaten Sleman (Yokyakarta)
Jarak: Kira-kira 1 jam dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 350,000 Rupiah @ RM105.00 (jeep)
Keterangan: Gunung Merapi merupakan salah satu daripada gunung berapi teraktif di Indonesia. Dengan ketinggian 2,930m, Gunung Merapi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Perjalanan biasa bagi pelancong adalah menggunakan servis jeep yang terdapat di sana melalui kawasan Kabupaten Sleman dan puncak biasa bagi pelancong adalah di Bunker Kaliadem.

















WISATA KEBUN BUAH MANGUNAN

Tempat: Mangunan, Kecamatan Dlingo, Kabupaten Bantul, Provinsi Daerah Istimewa Yokyakarta
Jarak: Kira-kira 1 jam dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 5,000 Rupiah @ RM1.50 seorang
Keterangan: Merupakan kebun buah yang terletak di satu kawasan tanah tinggi. Disebabkan kawasannya di tanah tinggi, maka cuaca di sini sedikit sejuk. Ditambah pula oleh pemandangan yang cantik, maka tidak hairanlah Kebun Buah Manungan semakin mendapat perhatian pelancong.

















WISATA HUTAN PINUS

Tempat: Mangunan, Kecamatan Dlingo, Kabupaten Bantul, Provinsi Daerah Istimewa Yokyakarta
Jarak: Kira-kira 1 jam dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 4,000 Rupiah @ RM1.20 (kenderaan)
Keterangan: Merupakan kawasan hutan pokok pinus (pine) yang menjanjikan pemandangan sekitar yang cantik untuk dilawati.






















WISATA PUNCAK BECICI

Tempat: Mangunan, Kecamatan Dlingo, Kabupaten Bantul, Provinsi Daerah Istimewa Yokyakarta
Jarak: Kira-kira 1 jam dari Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: 10,000 Rupiah @ RM3.00 (kenderaan)
Keterangan: Merupakan kawasan tanah tinggi yang terletak berhampiran dengan Hutan Pinus dan juga Kebun Buag Manungan, Puncak Becici menjanjikan pemandangan yang indah untuk dilawati.

















JALAN MALIOBORO

Tempat: Jalan Malioboro, Ibukota Provinsi Daerah Istimewa Yokyakarta
Jarak: Tengah Ibukota Yokyakarta
Caj Masuk: Tiada
Keterangan: Merupakan kawasan membeli-belah paling terkenal di Jogja. Terdapat pelbagai barang jualan dan juga cenderamata yang sememangnya menarik perhatian para pelancong yang hadir di Jogja untuk menghabiskan duit mereka dengan membeli barang tanda kenangan.


Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Wassalam...

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak lawat ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    - Kos kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak.
    - Trip kami sesuaikan keinginan Tuan / Puan / Abang /Akak.
    - Hotel bole tempeh sendiri
    - Bole ambik pakej exclude melas

    Sample pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

    Day 1
    Kami ambik Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel untuk check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

    Day 2
    Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

    Day 3
    Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik2 raja, bilamana sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu susur sungai bawah goa guna tube. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati indahnya kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
    Day 4
    Drop airport

    Harga bermula dari:
    RM 579 (ALL IN + *2 hotel)*
    RM 421 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota All new Avanza / Xenia for 2-5 pax, isuzu elf 11 seats for 6-10 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-15 pax, medium bus 31-33 seats for 16-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • All entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Flight Ticket
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya atau
    whatsapp +628985101301 (FREE).
    Email: ganeshabantul@yahoo.com
    FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete